1 Malaysia


Cogan ICT

Namaku

Isnin, 15 Mac 2010

Love 1malaysia

Love Myspace Comments

Rabu, 3 Mac 2010

KONSEP 1 MALAYSIA



KONSEP 1Malaysia atau Satu Malaysia yang berteraskan 'Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' jelas menunjukkan betapa kesungguhan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merealisasikan transformasi yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan. Namun begitu konsep ini tidak akan sampai menusuk ke dalam hati dan jiwa setiap rakyat sekiranya konsep ini tidak dapat mereka fahami mengikut cara masing-masing. Terdapat ramai rakyat yang mungkin masih tertanya-tanya dan keliru dengan konsep Satu Malaysia. Rakyat pastinya akan tertanya-tanya dengan gagasan Satu Malaysia, transformasi dan liberalisasi, akhirnya rakyat dapat apa?



Rakyat mesti faham Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama tetapi dapat mengekalkan kemakmuran sejak 52 tahun merdeka walaupun diusik oleh segelintir mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Kejayaan ini dikecapi hasil daripada usaha pemimpin-pemimpin terdahulu yang menjadikan kemajmukan rakyat sebagai sumber kekuatan untuk kesejahteraan dan perpaduan di kalangan rakyat. Gagasan ini merupakan satu ramuan utama ke arah perpaduan, kebersamaan, kekitaan dan saling tolong-menolong tanpa mengira warna kulit ibarat berteduh di bawah satu rumah dalam sebuah keluarga yang besar.
sumber:internet

Selasa, 2 Mac 2010

KaWaN




Kata nenek..
Kawan umpama lebah
Ada madu iapun muncul


Kata ibu..
Kawan bagai kumbang
Habis madu terbang lari



Kata ayah..
Kawan cuma merpati
Disiul tidak mungkin menghampiri
Ditabur makanan beribu menghimpit

Kata cikgu..
Kawan setia berkoban apa-apa saja
memastikan kawannya dapat `A'

Kata orang..
Kawan suka mudah dicari
Kawan duka satu dalam sejuta
Hakikatnya
Antara seribu kawan
Siapa yang sudi bersama
Mengutip batu permata
Dan siapa yang sanggup bersama
Menempuh karam di lautan..

sumber:majalah

Salam satu malaysia

Hello! Myspace Comments

one malaysia

Girls Myspace Comments

LAGU SEKOLAH KEBANGGAANKU


Sila klik di sini untuk mendengar lagu SMK Berangan
SMK BERANGAN GEMILANG

Berilmu agenda perdana
dalam iman intelek terbina
cemerlang murni sahsiah warga
iltizam kukuh mencipta jaya


Berwawasan SMK Berangan
bersama menuju kejayaan
mencipta suatu kecemerlangan
SMK Berangan pasti gemilang

Berteknologi alaf baru IT
satu haluan satu destinasi
paduan murni bergerak selari
warga kita bersatu hati


Lagu Ciptaan: Mohd Nasir Hassan
Lirik: Anuar Musa
Gubahan Muzik: Zuki Mohd Noor

Sumber:buku majalah sekolah

SEKOLAHKU ^_^


Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan (SMKB) Tumpat direka khas untuk melambangkan kewujudan sebuah institusi kerajaan berasaskan Pendidikan yang dikhaskan untuk anak-anak di kawasan sekitarnya. Seterusnya dengan wujudnya SMKB dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa atau pegangan hidup.
sumber:internet

Isnin, 1 Mac 2010

Keterangan logo 1 Malaysia





Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

sumber: internet

video tema 1 malaysia

sumber: internet(youtube)