1 Malaysia


Cogan ICT

Namaku

Isnin, 22 Februari 2010

Apakah maksud 1Malaysia??




RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN)


Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk m
embina satu Negara Bangsa.
sumber: internet

Website counter

Isnin, 15 Februari 2010

HARAPAN


Ingin sekali aku
berdiri tegak dipersadamu
mengenal setitik budi
menghirup secangkir kasih.


Ingin sekali aku
berdiri di anjung kasihmu
memetik sebuah keikhlasan
menghampar selautan harapan.

Ingin sekali aku
bersama menyanyi lagu kebangsaan
bertepuk utuh pasakmu teguh
Ini anak-anak MERDEKA
perlu kaumerdekakan jiwanya.

Ingin sekali aku
berada di takhta muliamu
mengisi kekosongan dada anak-anak bangsa
mendukung keagungan melempar
gusar daripada jiwa rakyat jelatamu.

sumber:dari buku teks komsas

MalaysiaKU


Malaysia merupakan sebuah negara yang aman damai dan bebas merdeka. kita seharusnya bersyukur kerana hirkan di negara ini serta menjadi rakyat malaysia. Oleh itu, kita mesti membuktikan kesetiaan kita kepada negara dengan mengharumkan nama malaysia supaya negara ini akan dipandang tinggi, dihormati, dan disegani oleh negara lain. Kita juga perlu bersatu padu tidak mengira kaum, agama, bangsa, dan usia. bersatu padu untuk sama-sama membangunkan negara kearah kegemilangan serta menyahut gagasan 1malaysia. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
sumber:nukilan sendiri

Sabtu, 13 Februari 2010

BFF

Friends Myspace Comments

Jumaat, 12 Februari 2010

Khamis, 11 Februari 2010

Matlamat Wawasan 2020

Menjadikan malaysia sebuah negara yang kukuh dan stabil dengan rakyatnya yang bersatu padu, mempunyai nilai moral dan beretika, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang dan adil dari segi pengagihan ekonomi.

sumber: buku teks sivik